Seramai 37 orang pelajar dan 3 orang pensyarah pengiring dari Politeknik Mersing telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan UTeM pada 15 Januari 2016.

Di antara tujuan lawatan penandaarasan ini adalah untuk memperbaiki proses atau operasi perpustakaan di Politeknik Mersing. Selain daripada itu ia juga bertujuan meningkatkan kepuasan pengguna terhadap penggunaan perkhidmatan perpustakaan selain dapat mempelajari amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan oleh perpustakaan serta dapat bertukar-tukar pendapat.

Kumpulan pelajar diberikan taklimat oleh Encik Mohamad Rashid Jantan, Pustakawan Bahagian Rujukan. Selepas taklimat, para pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk dibawa melawat ke ruang bacaan.

Sepanjang sesi lawatan, para pelajar didedahkan tentang penggunaan perpustakaan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan UTeM.

Semoga perkongsian maklumat semasa lawatan ini dapat dijadikan panduan dan rujukan di Politeknik Mersing nanti.

IMG_0521.JPG

Advertisements