Pada 18 Februari 2016, Perpustakaan UTeM dikunjungi seramai 21 orang pelajar dan 9 orang guru pengiring daripada Sekolah Menengah Teknik Terengganu.

Di antara tujuan lawatan ini adalah memberi pendedahan kepada para pelajar Sekolah Menengah Teknik Terengganu tentang perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan akademik selain menyemai sikap cintakan ilmu dalam diri pelajar.

Kumpulan pelajar diberikan taklimat oleh Puan Noraini Mohd Noor, Pustakawan Bahagian Rujukan. Selepas taklimat, para pelajar dibawa melawat ke ruang bacaan bagi melihat kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan UTeM.

Sepanjang sesi lawatan, para pelajar didedahkan tentang penggunaan perpustakaan bagi memudahkan mereka menggunakan perpustakaan dengan cara yang betul.

Semoga perkongsian maklumat semasa lawatan ini dapat membantu pelajar dalam mendapatkan gambaran sebenar apabila melanjutkan pelajaran ke menara gading suatu hari nanti.

IMG_0557

Advertisements