Perpustakaan UTeM menerima lawatan 6 orang pelajar Program Diploma Pengurusan  Maklumat daripada UiTM Segamat, Johor pada 19 Februari 2016.

Mereka ialah Siti Yuhaini Sazlin Mohd Tahir, Nor Shahira Che Soh, Sharifah Fatimnh Syed Mohamed, Nurul Fazeera Fazreen Mohd Noh, Nur Aziemiera Mohd Nazaruddin dan Nur Syafiqah Zaili.

Tujuan lawatan ialah bagi mendapatkan maklumat tentang cara penggunaan dan pengendalian teknologi yang terdapat di Perpustakaan UTeM. Ini bagi memenuhi keperluan tugasan dan keperluan kursus kumpulan pelajar ini. Mereka dikehendaki satu penyelidikan bagi kursus Reference and Information Services for Information Agencies (IMD312).

Taklimat ringkas kepada para pelajar disampaikan oleh Encik Azman Hj. Ayup, Pustakawan Kanan Bahagian Rujukan.

Diharapkan perkongsian maklumat ini dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka.

IMG_0569

Advertisements