Seramai 42 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring dari UniSZA, Kuala Terengganu telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan UTeM pada 2 Mac 2016.

Di antara tujuan lawatan ini adalah memberi pendedahan kepada pelajar UniSZA tentang perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan UTeM selain menyemai sikap cintakan ilmu dalam diri pelajar.

Kumpulan pelajar diberikan taklimat oleh Puan Wizana Abd. Jalil, Pustakawan Bahagian Rujukan. Selepas taklimat, para pelajar dibawa melawat ke ruang bacaan bagi melihat kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan UTeM.

Sepanjang sesi lawatan, para pelajar didedahkan tentang penggunaan perpustakaan bagi memudahkan mereka menggunakan perpustakaan dengan cara yang betul.

Semasa lawatan, Perpustakaan UTeM sedang mengadakan Library Day 2016 dan pelajar dari UniSZA ini juga turut sama menjayakan program dengan mengunjungi gerai-gerai dan mengikuti beberapa acara yang telah disediakan.

DSC_5208

Advertisements