Seramai enam orang staf perpustakaan telah terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Sanjungan Universiti 2015, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang diadakan di Dewan Besar UTeM pada 30 Mac 2016.

Mereka ialah Puan Nurul Akmar Mehat, Puan Hafizah Mohamad, Puan Nooraidillah Rasdi, Puan Lela Omar, Encik Ahmad Abu Bakar dan Encik Mohamad Azhari Johari

Seramai 173 orang staf UTeM menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015, 2 orang menerima Anugerah Jasa Bakti 2015 dan 2 orang menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2015.

Penerima APC diberi insentif Sijil Perkhidmatan Cemerlang, Sijil Simpanan Premium bernilai RM1,000 dan diberi peluang dalam pencalonan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan atau Negeri. Kesemua hadiah disampaikan oleh Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor UTeM.

Warga Perpustakaan UTeM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 semoga terus menyerlah dari yang biasa.

APC2015

Dari kiri hadapan, Puan Hafizah Mohamad, Puan Nooraidillah Rasdi, Puan Lela Omar dan Puan Nurul Akmar Mehat. Dari kiri belakang Encik Ahmad Abu Bakar dan Encik Mohamad Azhari Johari.

Advertisements