Seramai 8 orang staf Perpustakaan UTeM telah mengadakan lawatan ke rumah Puan Khairunnisa Abdullah di Bukit Katil, Melaka pada 26 April 2016.

Puan Khairunnisa Abdullah terlibat dalam kemalangan pada 21 April 2016 apabila kereta yang dipandunya terbabas ke bahu jalan berhampiran Zoo Melaka. Beliau telah dibawa oleh kakitangan ambulan dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ke Hospital Besar Melaka untuk mendapatkan rawatan dan disahkan mengalami kecederaan pada bahagian belakang, tengkuk dan bahu.

Di akhir lawatan, sumbangan daripada staf Perpustakaan telah dihulurkan bagi membantu meringankan beban beliau.

Seluruh warga Perpustakaan UTeM mendoakan semoga Puan Khairunnisa Abdullah cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas beliau semula di perpustakaan.

20160426_130617

20160426_132613

20160426_135819

Advertisements