Seramai 56 orang bakal pelajar KYS Business School (KYSB) telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan UTeM pada 26 dan 27 April 2016. Mereka ialah pelajar yang telah mendaftar untuk program KYSB pre-foundation yang berlangsung selama 10 minggu. Kumpulan lawatan ini diketuai oleh Pustakawan Pengiring iaitu Puan Naziatul Azida Mohd Radzi.

Di antara tujuan lawatan ini adalah memberi pendedahan kepada bakal pelajar KYSB tentang perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan akademik selain menyemai sikap cintakan ilmu dalam diri pelajar tersebut.

Setiap kumpulan mengandungi 28 orang bakal pelajar dan diberikan taklimat oleh Puan Wizana Abd. Jalil, Pustakawan Bahagian Rujukan. Selepas taklimat, para pelajar dibawa melawat ke ruang bacaan bagi melihat kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan UTeM.

Sepanjang sesi lawatan, para pelajar didedahkan tentang penggunaan perpustakaan khususnya kepada pelajar baru bagi memudahkan mereka menggunakan perpustakaan dengan cara yang betul.

Semoga perkongsian maklumat semasa lawatan ini dapat membantu pelajar dalam mendapatkan gambaran sebenar apabila melanjutkan pelajaran ke menara gading suatu hari nanti.

kysb

kysb1

kysb2

 

Advertisements