Pada 27 April 2016, Perpustakaan UTeM menerima 12 orang pegawai dan kakitangan daripada Perpustakaan Dr. Abdul Latiff, Universiti Kebangsaan Malaysia. Lawatan ini diketuai oleh En. Azhari Sahamir dan Puan Mariati Embong, Pustakawan Kanan di perpustakaan tersebut.

Di antara tujuan lawatan ialah bagi melihat perkhidmatan dan aktiviti terkini yang disediakan serta mempelajari sesuatu yang baharu. Ia juga sebagai satu cara mengeratkan hubungan silaturrahim serta memperolehi pengalaman baru hasil lawatan penandaarasan ini.

Kumpulan pelawat ini disambut oleh En. Azman Hj. Ayup, Pustakawan Kanan. Satu taklimat mengenai perpustakaan diadakan di Bilik Mesyuarat 2, Bahagian Pentadbiran, Perpustakaan UTeM. Selepas taklimat, para pelawat dibawa ke Bahagian Perolehan, Bahagian Pengindeksan, Bahagian Rujukan dan Sirkulasi. Pelawat juga berkesempatan mencuba peralatan swegway, perkhidmatan baharu yang akan disediakan oleh Perpustakaan UTeM.

Sebelum bertolak pulang, kesemua 12 orang pegawai dan kakitangan mengambil kesempatan bergambar di Ruang Galeri Perpustakaan.

Semoga dengan lawatan ini, jalinan kerjasama di antara perpustakaan akan dapat dieratkan dan lebih banyak maklumat akan dikongsikan.

ukm