Seramai 3 orang pelajar daripada Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan UTeM pada 3 Mei 2016.

Mereka ialah Khairul Azri Mat Kia, Nur Ameera Qistina Matahir dan Siti Nursyuhadah Zailani yang mengambil program Sarjana Muda Pengurusan Sistem Maklumat. Tujuan lawatan ialah bagi mendapatkan maklumat bagi melengkapkan kerja kursus subjek Information Technology In Libraries And information Centers (IML 454).

Di antara perkara yang mendapat perhatian ketiga pelajar tersebut ialah penggunaan swegway dalam pencarian buku, penggunaan mesin layan diri, tempahan bilik secara atas talian dan penggunaan kunci karel (e-tag).

Seorang pelajar, Khairul Azri Mat Kia mencuba menaiki swegway bagi mendapatkan pengalaman menggunakan peralatan tersebut.

Semoga perkongsian maklumat ini juga dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan tugas yang diberikan oleh pensyarah mereka.

lwt1

lwt2

lwt3

lwt4

Advertisements