Perpustakaan UTeM menerima lawatan 3 orang pelajar daripada Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam pada 6 Mei 2016.

Mereka ialah Nur Syuhadah Yusop, Azira Suryani Nawi dan Maizatul Azirah Maznan yang mengambil program Sarjana Muda Sains Maklumat. Tujuan lawatan ialah bagi mendapatkan maklumat tentang cara penggunaan dan pengendalian teknologi yang terdapat di Perpustakaan UTeM. Ini bagi memenuhi keperluan tugasan dan keperluan kursus Information Technology In Libraries and Information Centers (IML453)

Taklimat kepada para pelajar disampaikan oleh Encik Mohamad Rashid Jantan, Pustakawan Rujukan.

Diharapkan perkongsian maklumat ini dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan tugas yang diberikan oleh pensyarah mereka.

20160506_155716

20160506_163738

20160506_163745

20160506_164718

20160506_164835

Advertisements