Pada 6 Mei 2016, Perpustakaan UTeM telah dikunjungi seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Mentakab, Pahang Darul Makmur.

Di antara tujuan lawatan ini adalah untuk melihat peluang melanjutkan pelajaran di samping menambahkan pengetahuan para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan dan kemudahan yang disediakan oleh UTeM. Taklimat disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Rozelan Yunus, Dekan Institut Pengurusan Teknologi & Keusahawanan, UTeM.

Salah satu kemudahan yang disediakan kepada pelajar ialah perpustakaan. Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Puan Wizana Abd. Jalil, Pustakawan Bahagian Rujukan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan.

Sebelum bertolak pulang, guru pengiring bersama pelajar mengabadikan kenangan lawatan ke UTeM di Ruang Galeri bersama Prof. Madya Dr. Ahmad Rozelan Yunus.

Semoga dengan lawatan ini nanti, ianya dapat membantu pelajar dalam memilih kursus-kursus yang diminati di samping dapat menikmati kemudahan yang ada di perpustakaan.

20160506_164745

20160506_164940

Prof. Madya Dr. Ahmad Rozelan Yunus bersama Encik Albakri

 

Advertisements