Seramai 20 orang staf Perpustakaan UTeM terlibat dalam menghadiri Kursus Literasi Maklumat dan Penyelidikan 2.0 UTeM 2016 anjuran Unit Latihan Perpustakaan dan Unit Promosi Penyelidikan. Mereka terdiri daripada Pustakawan Kanan, Pustakawan, Penolong Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan Kanan dari pelbagai unit dan bahagian di perpustakaan.

Kursus diadakan di Bilik Pangkalan Data, Perpustakaan UTeM pada 10 Mei 2016 dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Di antara kandungan kursus ialah pendedahan tentang perisian Mendeley (Desktop, Web & Importer), Pangkalan Data, Portal Perpustakaan & Information Packaging dan Bibliometrik Data.

Kursus Literasi Maklumat Dan Penyelidikan 2.0 UTeM ini disampaikan oleh Cik Rasida Abu Bakar, Pustakawan Kanan dan Cik Nor Ilyah Othman, Pustakawan daripada Unit Promosi Penyelidikan, Perpustakaan UTeM.

Semoga dengan perkongsian maklumat ini ianya dapat meningkatkan kemahiran staf perpustakaan dalam memantapkan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

20160510_091627.jpg

20160510_092116.jpg

20160510_091602

20160510_092123.jpg

Advertisements