Bahagian Pembangunan Koleksi Perpustakaan UTeM telah menganjurkan kursus mengenai cara penggunaan RDA di mana kursus ini telah berlangsung selama dua hari dan disampaikan oleh 5 orang Pustakawan bahagian tersebut. Berikut merupakan butir-butir kursus:

Tarikh: 12 & 13 Januari 2017 
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang 
Tempat : Ruang Tayang, Perpustakaan UTeM

Kursus ini telah dihadiri oleh 14 orang staf Bahagian Pembangunan Koleksi, Perpustakaan UTeM. Objektif kursus adalah untuk memberi panduan kepada staf baharu 2017 ke arah pelaksanaan, perubahan dan peralihan AACR2 kepada RDA.

Selain itu, penggunaan RDA juga merupakan medium utama bagi kataloger dalam memastikan peraturan pengunaan kaedah pengkatalogan RDA adalah mengikut standard pengkelasan yang tepat dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Bengkel ini juga diharap dapat memberi implikasi positif kepada proses pengkatalogan bahan-bahan perpustakaan UTeM.

Advertisements