Seramai 65 orang staf Perpustakaan telah menghadiri Taklimat Kesedaran ISO 9001:2015 di Dewan UTeM 1, Kampus Teknologi pada 26 Januari 2017.

Taklimat anjuran Unit Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar ini bertujuan untuk memberi panduan terhadap perubahan keperluan ISO dan menerangkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh Pejabat Pendaftar dan Perpustakaan.

Taklimat Kesedaran ISO 9001:2015 disampaikan oleh Encik Burhan Noor Din Marsudi daripada SIRIM STS Sdn Bhd. Selain staf Perpustakaan, taklimat ini juga dihadiri oleh staf-staf Pejabat Pendaftar.

Perpustakaan UTeM telah menerima pengiktirafan ISO 9001:2008 daripada IQNet dan SIRIM QAS International pada tahun 2011. Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini.

Advertisements