Unit Bantuan Penyelidakan Perpustakaan UTeM telah menganjurkan Scopus Session pada 25 Jan yang lalu bertempat di Smart Lab, FPTT, Kampus Bandar. Program ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat penyelidikan kepada pelajar , pensyarah dan penyelidik di mana Pangkalan data SCOPUS merupakan sumber utama dalam mengukur kuantiti dan kualiti penyelidikan sesebuah universiti. Justeru itu, pihak perpustakaan mengambil inisiatif mengadakan program ini bagi memberi pendedahan kepada peserta yang baru dan telah berjinak dalam dunia penulisan kajian agar lebih prihatin dengan isu semasa berkaitan dunia penulisan akademik dan penyelidikan.

Antara tujuan lain roadshow SCOPUS session dilaksanakan adalah bagi memberi kesedaran (awareness) dan pendedahan maklumat terkini kepada staf akademik dan penyelidik sebelum menyediakan dan menghantar sesuatu bahan penerbitan di SCOPUS. Program “SCOPUS session” ini telah disampaikan oleh Pustakawan Unit Bantuan Penyelidikan, Perpustakaan.

Antara pengisian kandungan “SCOPUS session” yang dikongsi bersama staf akademik di setiap fakulti adalah seperti berikut;

  • Kepentingan standard afiliasi “Universiti Teknikal Malaysia Melaka”.
  • Kaedah menyemak jenis dokumen di SCOPUS sama ada artikel jurnal, kertas persidangan, bab dalam buku, review dan article in press.
  • Kaedah menghimpunkan pelbagai initial name bagi seorang staf dengan menggunakan “Request Author Detail Corrections”.
  • Menyemak senarai jurnal berimpak tinggi mengikut bidang perkara dan mengenalpasti status setiap bahan penerbitan terindeks di SCOPUS
  • Pendedahan indikator data yang diambilkira dalam MyRA.
  • Kepentingan staf akademik mewujudkan akaun dalam Google Scholar, ORCID, ResearcherID, Research Gate sebagai promosi profil penyelidik bagi menghubungkan komuniti  penyelidik di peringkat global.
Advertisements