Semalam (1/2/2017) telah berlangsungnya Kursus Literasi Maklumat yang dianjurkan oleh Bahagian Rujukan, Perkhidmatan Maklumat di Bilik Pangkalan Data Perpustakaan UTeM. Kursus ini telah dikendalikan oleh 4 orang Pustakawan Bahagian Rujukan sendiri dan dihadiri oleh 26 orang Pembantu Pustakawan Kanan dan Pembantu Pustakawan. Antara objektif khusus ini adalah memberi pendedahan kepada staf Perpustakaan dengan portal Perpustakaan terkini (Web 2.0) yang lebih interaktif, pengaksessan maklumat atas talian dengan platform pangkalan data langganan UTeM dan pencarian bahan rujukan yang cepat serta berkesan.Kursus ini telah bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Advertisements