Pada 10 Feb hingga 12 Feb 2017 Pejabat Perpustakaan telah menghadiri Kursus 1 Spirit 1 Team 1 Voice’ di Seri Menanti Resort, Negeri Sembilan. Kursus tersebut melibatkan semua staf perpustakaan dan antara objektifnya adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan staf serta meningkatkan motivasi diri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja. Banyak aktiviti berkumpulan telah dilakukan sepanjang kursus berlangsung bagi mengeratkan lagi ukhuwah dan meningkatkan kerjasama diantara staf Perpustakaan. Diharapkan kursus ini memberi banyak manfaat kepada semua staf Perpustakaan UTeM  dan semoga lebih bersemangat dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Advertisements