Pada 18 Februari 2017 (Sabtu) telah berlangsungnya Hari Keluarga UTeM bertempat di Stadium UTeM. Semua staf dari semua jabatan dan fakulti telah hadir bersama keluarga bagi memeriahkan lagi Hari Keluarga UTeM tersebut. Pelbagai acara sukaneka telah diadakan seperti:-

  • Pertandingan mewarna
  • Gubahan tuala
  • Isi air dalam botol
  • Lari dalam guni
  • Ayam bertelur
  • Musang berjanggut
  • Dll

Hari keluarga ini bertujuan merapatkan lagi ukhuwah sesama staf UTeM disamping dapat mengisi masa secara berkualiti bersama ahli keluarga masing-masing pada hujung minggu.

Advertisements