20170219_111618

Selamat Datang Kepada Pelajar Pasca Siswazah Ke UTeM Bagi Tahun 2017.

Kecemerlangan dan inovasi institusi pengajian tinggi bukan sahaja dihasilkan oleh ahli akademik tetapi juga disumbangkan oleh pelajar pasca siswazah yang mengikuti mod program penyelidikan dan “mixed & taught course”.

Justeru, Perpustakaan UTeM berperanan utama dalam menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan kepada pelajar pasca siswazah.

Pada 19 Februari 2017, pihak Perpustakaan dijemput oleh Pusat Pengajian Siswazah, UTeM untuk memberikan taklimat ringkas berkaitan Perpustakaan kepada pelajar baharu seperti ketetapan berikut;

Masa: 11.00 pagi

Lokasi: Dewan Pusat Pengajian Siswazah

Wakil Perpustakaan: Rasida Binti Abu Bakar, Pustakawan Kanan Bahagian Rujukan

Jumlah Pelajar: 80 orang termasuk pelajar antarabangsa

Slot Perpustakaan memfokuskan kepada kemudahan dan perkhidmatan Perpustakaan yang berkualiti serta relevan dengan keperluan pelajar pasca siswazah  dalam merancakkan aktiviti penyelidikan seperti berikut;

  1. Kemudahan
  • Ruang 24 jam
  • Loker, Book Drop, Self Check Machine
  • Bilik Seminar, Bilik Perbincangan, Bilik AV
  • Bilik Karel & Karel Terbuka
  • PC WebOPAC, PC Internet/Assignment
  • Library EZ-Proxy, dll.
  1. Perkhidmatan
  • Kaunter Pinjaman dan Pemulangan
  • Tempahan Buku Secara Atas Talian
  • Meja Penasihat Pengguna (MPP)
  • Program Pendidikan Pengguna Mengikut Modul
  • Pangkalan Data Atas Talian Langganan dan Open Access
  • Research Appointment
  • Information Packaging
  • iPad, Hoverboat, dll.

Dengan hebahan dan perkongsian maklumat ini diharapkan pelajar pasca siswazah dapat menggunakan kemudahan dan perkhidmatan Perpustakaan secara aktif dan maksimum seiring dengan matlamat universiti menghasilkan siswazah yang cemerlang di peringkat nasional dan antarabangsa.

20170219_111358

Advertisements