Satu pertemuan mesra di antara Perpustakaan dengan Majlis Perwakilan Pelajar UTeM 2016/2017 (MPP UTeM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Perpustakaan pada 22 Februari 2017. Pertemuan ini diketuai oleh En. Arman Mohammad, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan dihadiri oleh Sdr. Abdul Hanif Abdul Rani, Yang Di Pertua MPP 2016/2017, Sdr. Chee Chit Sing, Exco Akademik dan Hal Ehwal Fakulti dan Sdri. Shumitra Radakrishnan, Exco Kebajikan dan Komuniti.

Banyak perkara yang dibincangkan di dalam pertemuan ini khususnya kebajikan pelajar di perpustakaan seperti parkir, susur gajah, sistem tempahan bilik, penggunaan bilik perbincangan, program pendidikan pengguna, sistem perpustakaan bersepadu, sistem pendingin hawa di perpustakaan, water cooler, projek pengubahsuaian ruang aras 1, khidmat masyarakat dan lain-lain lagi. MPP UTeM juga menawarkan kerjasama dari segi penyampaian maklumat kepada para pelajar dan juga sukarelawan untuk projek-projek khidmat kemasyarakatan yang dianjurkan oleh perpustakaan.

Turut hadir ialah En. Azman Hj. Ayup, Timbalan Ketua Pustakawan Perkhidmatan Maklumat, Puan Siti Saluwa Jamal, Timbalan Ketua Pustakawan Pembangunan Sumber dan Puan Fauziah Hassan, Pustakawan Kanan Bahagian Pentadbiran. Perbincangan selama 2 jam berakhir pada jam 5.00 petang

Info:
Sdri. Shumitra (Exco Kebajikan dan Komuniti) : HP 011-35022834/Emel – shumitra.mpputem1617@gmail.com
Sdr. Chee Chit Sing (Exco Akademik dan Hal Ehwal Fakulti) : HP 014-9275817/Emel – chitsing.mpputem1617@gmail.com

Advertisements