1

Pada 23 Februari 2017 telah berlangsungnya ScienceDirect & Scopus Training anjuran Unit Bantuan Penyelidikan dengan kerjasama Elsevier di Bilik Pangkalan Data, Perpustakaan UTeM. Seramai 57 peserta telah hadir ke latihan ini yang terdiri daripada ahli akademik, pelajar pasca siswazah & pra siswazah serta pustakawan. Latihan ini dikendalikan oleh Ling Yu Lang (Training Consultant, Research Solutions) wakil dari Elsevier.

Antara objektif ScienceDirect & Scopus Training ini adalah memberi pendedahan dan membantu ahli akademik, penyelidik dan pelajar dalam menghasilkan artikel jurnal yang berimpak tinggi dalam bidang tujahan universiti serta memfokuskan kaedah carian dan penggunaan pangkalan data ScienceDirect dan Scopus secara berkesan dalam menjalankan aktiviti penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran.

Advertisements