Pada 28 Februari 2017, Perpustakaan UTeM telah menerima kunjungan rasmi & lawatan ilmiah dari staf Pusat Sumber Maklumat, Universiti Teknologi Petronas (UTP) bersempena pelantikan baru Ketua Pustakawan PSM UTP pada bulan November 2016.

Sesi lawatan ini bermula jam 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari dengan jumlah pelawat sebanyak 5 orang. Lawatan diketuai oleh Encik Mohd Azminuddin Afandi, Senior Manager, Puan Kamaliah Mohd, Senior Executive, Resource Development, Puan Sharifah Fahimah Saiyed Yeop, Senior Executive, Knowledge Management & Library Automation, Puan Fimaris Mohd Ariff, Manager Operation & Services dan Wan Normanizah Mahmud, Senior Executive.

Taklimat telah disampaikan oleh En. Azman Hj. Ayup selaku Timbalan Ketua Pustakawan Perkhidmatan Maklumat dan turut dihadiri oleh En. Arman Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan Puan Siti Saluwa Jamal selaku Timbalan Ketua Pustakawan Pembangunan Sumber. Banyak maklumat yang dipelajari dan dikongsi bersama sepanjang sesi lawatan ini berlangsung selain dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua belah pihak. Lawatan berakhir dengan jamuan minum pagi dan lawatan ke setiap bahagain/unit.

Advertisements