Kumpulan POLISH yang mewakili Perpustakaan UTeM terpilih menjadi Johan Kategori Pengurusan dalam Konvensyen KIK Kali Ke-3 UTeM yang berlangsung di Dewan UTeM 1, Kampus Teknologi pada 1 Mac 2017.  Kemenangan ini membolehkan POLISH meraih hadiah wang tunai berjumlah RM3,000. Selain daripada itu POLISH juga merangkul Anugerah Persembahan Terbaik yang bernilai RM500.

Ahli Kumpulan POLISH terdiri daripada Puan Nurul Akmar Mehat yang bertindak sebagai fasilitator, Mohamad Azhari Johari sebagai Ketua Kumpulan, Nur Azirah Mohamad Arif sebagai Setiusaha, Siti Syahirah Ab. Rahim, Ahmad Tarmizi Abdul Hadi, Mohd Hannif Jamaludin, dan Noor Rahman Jamiah Jalil. Kumpulan ini membawa tajuk projek “Kegagalan Menutup Komputer Selepas Digunakan” iaitu kaedah inovatif penjimatan elektrik melalui penutupan komputer secara automatik selepas tamat waktu bekerja.

POLISH bersaing dengan Kumpulan Tech & Go (FTK), Kumpulan KERIS (PBPI) dan Kumpulan Think Big (Pejabat Pendaftar) dalam Kategori Pengurusan manakala Kumpulan AE Tech (FTK), Kumpulan GOMU dan Kumpulan GMART (Pejabat Pembangunan) serta Kumpulan Energy Star (FPTT) bersaing dalam Kategori Teknikal.

POLISH dan AE Tech daripada FTK akan mewakili UTeM dalam Konvensyen KIK Universiti Awam di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada Ogos 2017.

Tahniah diucapkan kepada POLISH di atas kemenangan ini dan ia mengikut jejak langkah Kumpulan MOLIA yang pernah bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa iaitu di International Exposition on Team Excellence (IETEX) 2016 di Singapura pada September 2016.

KEPUTUSAN PENUH:
Kategori Pengurusan
Johan: POLISH (Perpustakaan)
Naib Johan: Think Big (Pejabat Pendaftar)
Tempat Ke-3: Tech N Go (FTK)
Saguhati: KERIS (PBPI)

Kategori Teknikal
Johan: AE Tech (FTK)
Naib Johan: GMART (Pejabat Pembangunan)
Tempat Ke-3: GOMU (Pejabat Pembangunan)
Saguhati: Energy Star (FPTT)

Advertisements