emerald

Unit Bantuan Penyelidikan dengan kerjasama Emerald Publishing telah mengadakan Emerald Training pada 1 Mac 2017. Sesi ini telah diadakan di Bilik Pangkalan Data, Perpustakaan UTeM bermula jam 10.00 – 11.00 pagi . Seramai 23 peserta telah hadir yang terdiri daripada ahli akademik, pelajar pasca siswazah dan pustakawan. Emerald Training ini telah dikendalikan oleh Elvin Cheah (Business Manager) wakil dari Emerald.

Latihan ini memfokuskan kaedah carian dan penggunaan pangkalan data Emerald serta tatacara penulisan artikel jurnal di Emerald. Peserta juga memberi cadangan agar sesi penerbitan bersama Emerald diadakan pada masa akan datang.

Advertisements