Pada 27 Februari 2017, satu Majlis Bacaan Yassin dan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2017 telah diadakan di Ruang Pentadbiran bermula dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi anjuran Bahagian Pentadbiran, Perpustakaan UTeM.

Majlis ini telah dihadiri oleh 40 orang staf dan dimulai dengan majlis bacaan Yassin yang telah dipimpin oleh En. Ahmad Tarmizi bin Abdul Hadi. Selesai majlis bacaan Yassin, majlis diteruskan lagi dengan Perhimpunan Bulanan Bahagian Pentadbiran di mana Ketua Bahagian Dasar, Pentadbiran dan Kewangan telah melaporkan perkembangan aktiviti-aktiviti di Bahagian Pentadbiran sepanjang 2 bulan yang pertama bagi tahun 2017 dan perancangan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan untuk bulan berikutnya.

Turut berucap pada majlis ini adalah En Isa Dom, Ketua Pegawai Maklumat, Pejabat CIO dan En. Arman Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan.

Advertisements