apc

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Sanjungan Universiti 2016 telah berlangsung di Dewan Besar UTeM pada 8 Mac 2017. Majlis ini adalah acara tetap tahunan universiti bagi menghargai dan meraikan staf yang cemerlang dalam melaksanakan tugas mereka sepanjang tahun.

Tahniah diucapkan kepada 5 orang penerima APC 2016 dari Perpustakaan UTeM. Penerima adalah terdiri dari dua orang Pustakawan Kanan iaitu En Mahadir Che Ali dari Bahagian  Automasi dan Cik Rasida Abu Bakar dari Bahagian Rujukan, juga seorang Penolong Akauntan iaitu En Nazaruddin Md.Yunus dan dua orang Pembantu Pustakawan, Mohamad Azhari Johari dan Mohd Hannif Jamaludin masing- masing dari Bahagian Automasi.

Diharapkan dengan kejayaan penerima APC ini dapat menjadi pendorong kepada staf perpustakaan yang lain untuk terus cemerlang dalam melakukan tugasan yang telah diamanahkan.

Advertisements