Perpustakaan UTeM telah menerima lawatan sambil belajar dari  kanak-kanak Tadika Genius Aulad, Cheng, Melaka pada 16 Mac 2017 yang lalu. Sesi lawatan ini bermula jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi, dimana seramai 10 orang guru dan 71 orang murid terlibat dalam sesi lawatan ini.

Penerangan tentang  ‘Library Rules’ telah disampaikan oleh Puan Norshahila Che Din, Pustakawan Unit Promosi. Seterusnya, lawatan ke setiap aras perpustakaan yang dibantu oleh 6 Pembantu Pustakawan. Turut diadakan sewaktu lawatan tersebut adalah aktiviti mewarna bertempat di ruang santai dan diteruskan lagi dengan aktiviti ‘Story Telling’ oleh guru Tadika Genius Aulad.

Advertisements