Pada 13 Mac 2017, satu Majlis Bacaan Yassin dan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2017 telah diadakan di Ruang Santai Aras 1, bermula dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi anjuran Bahagian Sirkulasi, Perpustakaan UTeM.

Majlis ini telah dihadiri oleh 35 orang staf dan dimulai dengan majlis bacaan Yassin yang telah dipimpin oleh En. Azman Amir. Selesai majlis bacaan Yassin, majlis diteruskan dengan kejutan hari lahir CIO dan Ketua Bahagian telah melaporkan perkembangan aktiviti-aktiviti di Bahagian Sirkulasi sepanjang 2 bulan yang pertama bagi tahun 2017 dan perancangan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan untuk bulan berikutnya.

Diakhir majlis pula diadakan penyampaian hadiah hari lahir anjuran Kelab Listac untuk staf yang menyambut kelahiran pada bulan Januari hingga Mac 2017 dan jamuan ringan.

 

Advertisements