Bengkel ‘Gap Analysis’  Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015 dan Risiko Perpustakaan telah diadakan pada 15 dan 16 Mac 2017 mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Program ini telah dihadiri oleh seramai 22 orang staf dan telah diadakan di Bilik Jamuan, Pusat Pengajian Siswazah (PPS),  UTeM anjuran Unit Dasar dan Kualiti, Bahagian Pentadbiran Perpustakaan UTeM. Penceramah jemputan ialah Encik Abdul Ghani bin Fathil yang merupakan Pengarah Kualiti dari UniMAP.

Objektif bengkel ini adalah seperti berikut :

  • Untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai keperluan ISO 9001 : 2015
  • Memahami prinsip kualiti
  • Memahami Pemikiran Berasaskan Risiko (RBT)
  • Berupaya mengurus peralihan ke arah perlaksanaan MS ISO 9001 : 2015

15 Mac 2017

Penceramah memberi penerangan mengenai MS ISO 9001 : 2015 dan perbezaan dengan version MS ISO 9001 : 2008. Seterusnya penceramah juga menekankan mengenai pengurusan risiko seperti berikut ;

  • Proses pengurusan risiko
  • Mengenalpasti Risiko
  • Jenis-jenis risiko
  • Kategori risiko

16 Mac 2017

Penceramah memberi penerangan mengenai cara untuk menganalisa risiko, merawat risiko, pemantauan dan semakan semula risiko. Peserta bengkel juga diminta untuk mengenalpasti risiko- risiko daripada setiap Prosedur Kerja. Sesi pembentangan telah diadakan pada sebelah petang.

Advertisements