Pada 16 Mac 2017, Perpustakaan UTeM dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara telah menganjurkan program ‘Talk Show @ Library : MY18 The truth behind number’ di Ruang Tayangan, Aras 1, Perpustakaan UTeM. Aktiviti anjuran Unit Perkhidmatan Pelanggan, Bahagian Rujukan, Perpustakaan UTeM ini dihadiri oleh 31 orang staf dan termasuk pelajar UTeM.

Objektif talk show ini diadakan adalah bagi menjalin kerjasama strategik dan perkongsian pintar dengan agensi kerajaan bagi meningkatkan hubungan dengan komuniti di samping mempromosi perkhidmatan Perpustakaan kepada warga universiti, agensi kerajaan dan masyarakat luar. Talk show pada hari itu telah disampaikan oleh Puan Noraini binti Siman yang merupakan Penolong Pegawai Pendaftaran. Sesi talkshow ini menerangkan kategori kewarganegaraan yang terdapat di Malaysia, isu-isu berkaitan dan permasalahan kewarganegaraan yang kerap timbul. Selain itu, tips-tips penjagaan MyKad juga dikongsikan kepada para peserta .

1

2

Turut hadir ialah Encik Arman Mohammad, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Datin Fadzilah binti Salim, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), dan Puan Noornahar binti Akashah, Timbalan Pendaftar Kanan (Pejabat Ketua Pegawai Maklumat).

Dalam masa yang sama, pameran berkaitan dengan aktiviti Jabatan Pendaftaran Negara telah diadakan di Ruang 24 jam, Perpustakaan selama 2 hari iaitu pada 16 dan 17 Mac 2017. Selain pameran, turut disediakan perkhidmatan penggantian kad pengenalan baru kepada seluruh warga UTeM.

Advertisements