Seramai 40 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring daripada Sekolah Kebangsaan Parit Melana, Melaka telah terlibat dalam sesi lawatan ke Perpustakaan UTeM pada 28 Mac 2017 baru-baru ini.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan menimbulkan rasa minat kepada para pelajar berkaitan universiti dan perpustakaan akademik. Taklimat ringkas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di Perpustakaan UTeM telah disampaikan oleh Pustakawan Puan Norshahila Che Din kepada para pelajar.

Semoga dengan lawatan ini , ianya dapat menambah minat para pelajar untuk menanam hasrat belajar sehingga ke menara gading.

Advertisements