Pada 29 Mac 2017 yang lalu, Perpustakaan UTeM telah dikunjungi oleh 35 orang pelajar (ahli PSS dan PRS) dan 4 orang guru pengiring daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan.

Kunjungan ini bertujuan untuk membuat lawatan penanda aras di Perpustakaan UTeM. Taklimat mengenai Perpustakaan telah disampaikan oleh Pustakawan, Puan Norshahila Che Din dari Unit Promosi, Bahagian Rujukan.

Selesai sesi taklimat, para pelajar seterusnya dibawa melawat ke bahagian dan ruang-ruang yang terdapat di dalam perpustakaan. Semoga dengan lawatan ini , ianya dapat memberi buah fikiran untuk membawa perubahan ke perpustakaan sekolah pula.

Advertisements