IEEE_ASTM VERSION_Mac 2017

Pada 29-30 Mac 2017 telah berlangsungnya IEEE Xplore & ASTM Training anjuran Unit Bantuan Penyelidikan dengan kerjasama United Tech di Bilik Pangkalan Data, Perpustakaan UTeM. Seramai 25 peserta telah hadir ke latihan ini yang terdiri daripada ahli akademik, pelajar pasca siswazah serta pustakawan. Latihan ini dikendalikan oleh Mr. Edward Kennedy Thevarakam (Senior IT Manager) wakil dari United Technology (M) Sdn. Bhd.

Sesi ini memfokuskan kaedah carian dan penggunaan pangkalan data IEEEX dan pencarian Standard pangkalan data ASTM dalam membantu bidang penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran kepada ahli akademik, penyelidik dan pelajar pasca siswazah.

Advertisements