Bertempat di Ruang 24 jam Perpustakaan UTeM, Klinik Kesihatan UTeM dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Hospital Pantai telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Untuk Warga UTeM Siri 1/2017 pada 30 Mac 2017 yang lalu.

Pogram yang ditawarkan kepada semua staf dan pelajar UTeM ini telah bermula seawal jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 1.00 tengahari. Antara perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang disediakan sewaktu program tersebut berlangsung adalah:

  • Pemeriksaan BMI
  • Pemeriksaan tekanan darah
  • Pemeriksaan kandungan gula dalam darah
  • Pemeriksaan kolestrol
  • Pemeriksaan gigi
  • Pemeriksaan analisis lemak dalam badan
  • Saringan pendengaran
  • Saringan Postur (Posture Screening Test)
  • Konsultasi Pemakanan
Advertisements