Hari ini, 18 April 2017, Perpustakaan UTeM telah menerima kunjungan empat orang peserta Tokoh NILAM Negeri Melaka 2017, empat orang guru pengiring dan dua orang pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka. Program anjuran Pejabat Pengurusan dan Perhubungan Canselori UTeM (PPPC),  ini diadakan di perpustakaan bagi memudahkan penyusunan aktiviti kepada pelawat dan juga bagi memeriahkan program Library Day 2.0.

Para peserta ialah Muhammad Safiuddin Suhaimi (SMK Nyalas), Privesh Nilash Patel A/L Nilash Kumar (SMK Sultan Alauddin), Amsyar Hazim Mohd Redzuan (SK Batu Berendam) dan Amanda Najwa Abd. Rahman (SK Jalan Datuk Palembang).

Beberapa aktiviti telah disediakan oleh PPPC seperti penerangan ringkas Pegawai PPPC, Sesi Motivasi, Sesi Bersama MPP, Sesi Bercerita Tokoh NILAM, Mock Interview Bersama PBPI dan Library Tour. Aktiviti ini bertujuan menyuntik semangat peserta agar lebih bersemangat apabila bersaing di peringkat kebangsaan nanti.

Turut hadir ialah Pn. Fazidah Ithnin, Pengarah PPPC dan En. Arman Mohammad, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan. Tahniah kepada semua peserta, guru pengiring dan pegawai BTP Melaka.

Advertisements