know your ccris

Pada 18 April 2017@10.00 pagi telah berlangsungnya program ”Know your CCRIS” anjuran Unit Bantuan Penyelidikan dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad bertempat di Bilik Tayang, Perpustakaan UTeM. Seramai 20 orang peserta telah hadir ke program ini dan telah disampaikan oleh En. Ikhawan bin Saidul Abidin (Pengurus Bank Islam Malaysia Berhad) Cawangan Melaka.

Taklimat yang disampaikan kepada peserta ialah berkenaan CCRIS dan bagaimana cara mengurus kewangan individu. Maklumat ini sangat berguna khususnya kepada staf dan pelajar yang namanya turut tersenarai di dalam CCRIS terutamanya di dalam measalah yang melibatkan bayaran semula pinjaman PTPTN.

Advertisements