poster library day.jpg

Pada 18-20 April 2017 yang lalu telah berlangsungnya Library Day 2.0 anjuran Perpustakaan UTeM.  Program ini melibatkan ketiga-tiga cawangan perpustakaan. Perasmian telah dilaksanakan pada 18 April 2017 oleh En Arman bin Mohamad selaku penasihat program bertempat di ruang 24 jam, Perpustakaan UTeM.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung. Antaranya:

  • Street Soccer
  • Kau Tarik Aku Tarik
  • Counter Strike
  • Selfie@UTeM Library
  • Spot Your Question
  • Misteri 3 Kotak
  • Know Your CCRIS- talk show
  • Treasure Hunt

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengguna perpustakaan. Pelbagai hadiah menarik turut disediakan bagi setiap aktiviti yang telah dijalankan dan tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua staf perpustakaan yang terlibat di dalam program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Diharapkan warga universiti akan terus memberi sokongan kepada program Library Day pada tahun-tahun yang akan datang memandangkan ianya  merupakan acara wajib perpustakaan setiap tahun.

Advertisements