Pada 26 April 2017, Perpustakaan UTeM menerima kunjungan seramai enam orang pelawat daripada Jawatankuasa Lawatan Perpustakaan PNM sempena Pameran IFLA International 2018.

Mereka ialah Puan Aripah Mohamed dan Puan Ramlah Khalid, mantan Pustakawan PTSL, UKM, Encik Wan Suhaimi Ariffin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan PPUKM, Encik Farish Mohd Taha, Pustakawan Perdana University, Encik A.Azli Abd Rahim, Pustakawan dari Perpustakaan Jabatan Parlimen Malaysia dan Puan Sofia Osman dari Perpustakaan Negara Malaysia.

Tujuan lawatan ini ialah untuk meninjau kemudahan perpustakaan untuk dimasukkan ke dalam peta lawatan peserta sempena IFLA World library And Information Congress ke-84 iaitu persidangan kepustakawanan terbesar di dunia  yang akan berlangsung pada bulan ogos 2018 di Kuala Lumpur.

Turut hadir En. Arman Mohammad, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, En. Azman Hj. Ayup, Timbalan Ketua Pustakawan Perkhidmatan Maklumat dan Puan Siti Saluwa Jamal, Timbalan Ketua Pustakawan Pembangunan Sumber, Perpustakaan UTeM.

Advertisements