Kempen Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan satu kempen nasional bagi mendorong komuniti menjayakan aktiviti membaca dalam apa jua keadaan yang menyeronokkan di pelbagai lokasi dengan penglibatan seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Melaka khususnya secara serentak.

Justeru itu, Perpustakaan UTeM telah mengambil inisiatif bagi menjayakan kempen ini dengan menganjurkan Kempen Jom Baca Bersama 10 Minit di peringkat UTeM yang telah berlangsung pada 25 April 2017 yang lalu. Kempen ini telah berjalan serentak di semua pejabat dan fakulti serta sambutan yang diterima amatlah menggalakkan termasuk di kampus cawangan.

Secara rasminya jumlah penyertaan warga kampus UTeM kali ini seramai 240 orang.

Semoga dengan usaha ini ianya dapat memupuk minat membaca di kalangan masyarakat khususnya warga UTeM serta menjadikan bangsa membaca bangsa berjaya.

Advertisements