Perpustakaan UTeM telah menyertai Program Memartabatkan Ilmu Pembacaan Bersama Komuniti anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Cawangan 1Malaysia Alor Gajah pada 6 Mei 2017.

Program berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga jam 1.30 tengah hari bertempat di Perpustakaan Cawangan 1Malaysia, Alor Gajah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hjh. Norpipah binti Abdol,  Ahli Dewan Undangan Kawasan Rembia. Turut hadir ialah Encik Mohamed Aizammuddy Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.

Di antara objektif program bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan masyarakat, menjadikan perpustakaan sebagai pusat maklumat dan rujukan setempat, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu serta menerapkan nilai kesedaran dan minat membaca ke arah melahirkan masyarakat berpengetahuan

Sejumlah 8 agensi terlibat dengan pameran ini dan kumpulan sasaran ialah  pelajar tadika dan tabika, sekolah rendah, sekolah menengah dan komuniti setempat.

Penyertaan Perpustakaan UTeM di dalam program ini bertujuan menyampaikan maklumat tentang aktiviti yang dijalankan oleh perpustakaan di dalam menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UTeM di samping memberikan peluang kepada komuniti setempat berkongsi maklumat dan kemudahan perpustakaan di ketiga-tiga kampus UTeM ini.

Advertisements