SK Liang Batu, Lenga, Muar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan UTeM pada 5 Mei 2017 yang lalu. Seramai 20 orang murid dan 20 orang Guru termasuk PIBG terlibat di dalam sesi lawatan ini.

Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk berkolaborasi dengan Perpustakaan UTeM sebagai pendedahan dan pengetahuan awal kepada murid-murid mengenai peluang pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.

Taklimat lawatan telah diberikan oleh Pn. Norshahila Che Din di Bilik Tayangan Perpustakaan UTeM dan seterusnya turut diadakan adalah sesi menandatangani sijil di antara pihak perpustakaan dan pihak sekolah. Peserta juga turut dibawa melawat ke keseluruhan perpustakaan dan lawatan diakhiri dengan jamuan pagi.

Advertisements