Bengkel MPK dan Fail Meja telah diadakan pada  8 & 9 Mei 2017 di Bilik Jamuan, Dewan Besar & Bilik Seminar 1, Perpustakaan dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Seramai  22 orang staf Perpustakaan yang terdiri daripada Timbalan Ketua Pustakawan, Pustakawan Kanan, Pustakawan, Penolong Pustakawan, Penolong Jurutera, Penolong Akauntan, Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Pustakawan Kanan.

Penceramah jemputan ialah Pn. Azrina binti Alwi dari Bahagian Dasar & Kualiti, Pejabat Pendaftar UTeM. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan dan membuat penambahbaikan fungsi bahagian/unit sedia ada sejajar pengorganisasian UTeM dan penstrukturan semula Perpustakaan.

Advertisements