Hari ini, 19 Mei 2015, telah berlangsungnya Perhimpunan Bulanan Perpustakaan Bil. 3/2017 & Bacaan Yasin anjuran Bahagian Rujukan bertempat di Ruang Tayang Perpustakaan UTeM. Majlis telah bermula pada jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh 55 orang staf perpustakaan termasuk Timbalan-timbalan Ketua Pustakawan. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Yasin diikuti dengan perhimpunan bulanan.

Ucapan pendahuluan telah diberikan oleh En Arman Bin Mohammad selaku Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan seterusnya adalah ucapan oleh Cik Rasida Binti Abu Bakar selaku Pustakawan Kanan merangkap Ketua Bahagian Rujukan. Turut dikongsikan adalah aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Rujukan sepanjang bulan Januari hingga Mei 2017 dan juga progam-program yang bakal diadakan sepanjang tahun 2017.

Pada majlis ini juga, Kelab LISTAC Perpustakaan telah mengambil peluang untuk memberi sumbangan kebajikan kelab kepada salah seorang staf perpustakaan iaitu Allahyarham Nor Ridzuan Bin S.Kasehan yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas dan penerima sumbangan diwakili oleh bapa Allahyarham iaitu Encik S.Kasehan Bin Che Mat. Selain itu, pada majlis kali ini juga turut diadakan penyampaian hadiah kepada staf Bahagian Sirkulasi yang telah berjaya mengumpul jam kerja tertinggi bagi bulan Januari hingga April 2017 iaitu Puan Noraidillah Binti Rasdi. Syabas dan tahniah diucapkan!

Majlis berakhir pada jam 10.30 pagi dan diakhiri dengan tayangan Montaj sempena Library Day 2.0 yang lalu serta jamuan ringan.

Advertisements