eb

Pada 24 Mei 2017 telah berlangsungnya EBSCO RESOURCES WORKSHOP anjuran Unit Bantuan Penyelidikan & Unit Sumber Elektronik dengan kerjasama EBSCO International Inc. di Bilik Pangkalan Data, Perpustakaan UTeM. Seramai 8 peserta telah hadir ke latihan ini yang terdiri daripada ahli akademik, pelajar pasca siswazah, pustakawan dan pembantu perpustakaan . Latihan ini dikendalikan oleh Tay Chiew Boon (Senior Training Specialist) wakil dari South East Asia, EBSCO International Inc.

Sesi ini memfokuskan kepada EBSCOhost Research Database iaitu: Applied Science & Technology dan Social Science (H.W. Wilson), Academic Search premier, Business Source Complete, ebook Collection (EBSCohost) yang merangkumi subjek Kejuruteraan, Sains Komputer, Sosial Sains dan Kemanusiaan, Perniagaan dan lain-lain subjek. Penekanan adalah kepada kaedah carian dan penggunaan pangkalan data dalam membantu bidang penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran kepada ahli akademik, penyelidik dan pelajar pasca siswazah.

Advertisements