ebco

Pada 31 Mei 2017 telah berlangsungnya Research Series: Strategy to write research papers anjuran Unit Bantuan Penyelidikan di Bilik Tayangan, Perpustakaan UTeM. Seramai 50 peserta telah menyertai siri penyelidikan yang pertama kali dianjurkan. Peserta terdiri daripada ahli akademik, penyelidik, pasca siswazah, pra siswazah serta pustakawan. Penceramah jemputan adalah Prof. Madya Dr. Zahriladha Zakaria (FKEKK) yang juga merupakan penyelaras COE CeTRI.

Sesi ini memfokuskan kepada strategi dan teknik dalam penghasilan artikel jurnal yang terindeks serta berimpak tinggi. Selain itu, peserta juga diberi penekanan dalam aspek cabaran yang bakal dihadapi oleh setiap penyelidik dalam menghasil artikel jurnal yang berkualiti dan cara untuk mengatasi cabaran yang dihadapi. Strategi penerbitan artikel jurnal terindeks SCOPUS turut dikongsi bersama peserta yang hadir.

Secara keseluruhannya, maklumbalas positif diterima daripada peserta, antaranya siri penyelidikan ini sangat berinformasi dan bermanfaat serta memberi inspirasi kepada penyelidik UTeM khususnya dalam menghasilkan penerbitan yang berkualiti.

 

Advertisements