Pada 14 Jun 2017 telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Perpustakaan Bil 4/2017 dan Majlis Bacaan Yaasin yang dianjurkan oleh Seksyen Pembangunan Koleksi. Dengan kehadiran seramai 51 orang staf Perpustakaan termasuk Pemangku Timbalan Ketua Pustakawan Kanan dan Timbalan-Timbalan Ketua Pustakawan, Majlis Bacaan Yaasin telah dimulakan pada jam 8.45 pagi yang dipimpin oleh En. Azman Amir.

Seterusnya Ketua Seksyen Pembangunan Koleksi, En. Mohd Mawardi Badruddin memberi ucapan dan perbentangan mengenai pencapaian seksyen. Antara yang disentuh adalah pencapaian Sistem QPR (Quality, Process, Result) seksyen, pencapaian semasa KPI (Key Performance Indicator) seksyen dan perancangan akan datang. Selepas itu, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Bahagian Pembangunan Sumber Pn. Siti Saluwa Jamal mengambil peluang berucap bagi memaklumkan status terkini berkenaan dengan Penganjuran Pesta Buku & Multimedia UTeM 2017. Akhir sekali adalah En. Arman Mohammad selaku Pemangku Timbalan Ketua Pustakawan Kanan menyampaikan ucapan. Dalam ucapan beliau, beliau menyentuh mengenai perlunya setiap unit dan seksyen membuat semakan mengenai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) kerana telah memasuki bulan pertengahan tahun. Beliau juga turut memaklumkan mengenai keputusan semakan bajet tahunan dan keperluan setiap staf untuk mempertingkatkan lagi semangat dan komitmen terhadap tugas.

Seksyen Pembangunan Koleksi juga telah menanyangkan montaj yang berkisar tentang pencapaian daripada Januari sehingga Jun 2017 di samping perjalanan seksyen ini yang baharu sahaja ditubuhkan pada Januari 2017.

Mengakhiri majlis pada jam 10.30 pagi adalah penyampaian hadiah hari jadi kepada staf Perpustakaan yang menyambutnya pada bulan April – Jun 2017 yang ditaja oleh Kelab LISTAC. Juga diadakan penyampaian cenderahati kepada salah seorang staf Perpustakaan iaitu En. Ruszaide Hj. Mohamad yang akan berpindah ke Pejabat Ketua Pegawai Maklumat.

 

Advertisements