Pada 16 Jun 2017 telah berlangsungnya Majlis Iftar Pejabat CIO UTeM buat pertama kali bertempat di Perpustakaan UTeM. Pejabat CIO yang terdiri daripada 3 buah PTj iaitu Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi (PPPK), Perpustakaan & Penerbit Universiti telah bekerjasama dan bergabung tenaga bagi memastikan Majlis Iftar Pejabat CIO ini berjalan dengan baik dan lancar.

Kelab di bawah setiap PTj iaitu LISTAC (Perpustakaan), K-SCOM (PPPK) dan Kelab Ceria Penerbit (Penerbit Universiti) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan keseluruhan majlis iftar pada kali ini. Majlis bermula pada jam 6.30 dengan kehadiran staf bersama keluarga ketiga-tiga PTj. Turut hadir bersama memeriahkan majlis pada malam tersebut adalah Naib Canselor UTeM iaitu Prof. Datuk Dr. Shahrin Bin Sahib.

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa (kurma/kuih) terlebih dahulu dan diikuti dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh En Ahmad Tarmizi Abdul Hadi (Staf Unit Sirkulasi Kampus Teknologi). Selesai solat, majlis diteruskan semula dengan jamuan berbuka puasa dan pemberian duit raya kepada anak-anak staf yang hadir. Tayangan video untuk kanak-kanak juga disediakan.

Semoga dengan penganjuran majlis seperti ini dapat merapatkan lagi ukhuwah ketiga-tiga buah PTj di bawah Pejabat CIO UTeM dan diharapkan juga aktiviti ini akan diteruskan untuk tahun yang akan datang. Salam Ramadhan & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi!

Advertisements