Pusat Kecemerlangan atau Centre of Excellence (CoE) yang diwujudkan berperanan utama dalam menghasilkan output penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi. Seiring dengan perkembangan dan trend penyelidikan global yang memberi impak kepada institusi pengajian tinggi, UTeM turut merancang strategi jangka pendek dan jangka panjang untuk bersaing dengan universiti lain.  Kecemerlangan penyelidikan dan inovasi UTeM di peringkat nasional, serantau dan persada dunia menjadi hasrat Profesor Datuk Ir. Mohd Jailani Mohd Nor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Antara objektif utama siri ini adalah pembentangan Pelan Strategik beserta ‘Execution Strategy’ setiap CoE dan sesi soalan bersama TNCPI.

Pihak Perpustakaan terlibat langsung dengan siri ini seperti berikut;

Bil. Tarikh Tempat Masa CoE
1 24 Mac 2017 Auditorium PPS 2.30-5.00 petang AMC, FKP
2 07 April 2017 Dewan Seminar FTMK 8.45-12.15 tengahari C-TeD, FPTT & C-ACT, FTMK
3 07 April 2017 Dewan Seminar FTK 3.00-5.00 petang CARe, FKM
4 14 April 2017 Bilik Mesyuarat FKE 8.45-12.20 tengahari CeTRI, FKEKK & CeRIA, FKE

17799238_1865234297079882_2473053703595333638_n

Advertisements