Perpustakaan UTeM akan menjalani proses Audit Pensijilan Semula SIRIM MS ISO 9001:2008 dan Menaiktaraf MS ISO 9001:2015 bermula hari ini, 31 Julai sehingga 2 Ogos 2017.

Mesyuarat Pembukaan Audit SIRIM telah berlangsung pagi ini dengan dihadiri oleh wakil pengurusan perpustakaan dan pemilik-pemilik proses termasuk dari cawangan manakala pihak SIRIM diwakili oleh dua orang juru audit yang diketuai oleh Pn. Siti Rahmah Ahmad dan dibantu oleh Dr. Montaj Mustakim. Proses pengauditan akan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Perpustakaan UTeM.

Semoga proses audit ini berjalan dengan lancar dan Perpustakaan berjaya menaiktaraf ke MS ISO 9001:2015. Good Luck!

Advertisements