Pada 31 Julai 2017, Perpustakaan UTeM telah menerima lawatan  pelajar bagi program mobiliti 2017 ” Step Up Project” yang melibatkan pelajar dari Soonchunhyang University anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) bermula 30 Julai hingga 13 Ogos 2017.

Antara objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar-pelajar tersebut mengenai latar belakang, budaya, dan amalan masyarakat di negara ini.

Sesi lawatan ke Perpustakaan UTeM pula adalah untuk berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan kepada pengguna perpustakaan selain dari memberi pengalaman baru kepada pelajar mobiliti ini. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan iaitu Pn. Siti Saluwa Jamal manakala taklimat serta ‘library tour’ telah dikendalikan oleh Pustakawan Unit Promosi iaitu Pn. Norshahila Che Din.

Advertisements